Salam sejahtera...
Kita sudah sampai penghujung bulan March,sungguh cepat masa berlalu.April akan berlabuh pula.Kasturi Studio semakin hari semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti pengambarannya.Salah satunya dapat anda saksikan disini.....
Kali ini outdoor dilakukan sekitar muzium sungai lembing.Serba ringkas mengenai
Muzium Sungai Lembing yang ditubuhkan bagi mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai bandar terkaya pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang. Pada suatu ketika dahulu, bandar ini seumpama EL-Dorado Timur di Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan pegawai Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Namun, mulai 1984 segala kemewahan tersebut lenyap akibat kejatuhan harga bijih timah.
Sticky Album ni rasanya semua pun tau kan? Album yang ada plastik nipis, lepas tu kita buka plastik nipis tu dan susun-susun gambar dan lekatkan balik plastik nipis tu. Custom Album ni pulak biasanya yang ditawarkan oleh jurugambar perkahwinan ni ialah yang jenis bermuka surat tebal dan biasanya mempunyai 20 ataupon 22 muka surat..lebih kurang. Istimewanya Custom Album ni ialah gambar-gambar akan dipilih dan diedit oleh jurugambar dan layout atau susun atur gambar adalah menarik dan unik bagi setiap muka surat. Berbeza dari gambar-gambar yang selalu kita print dalam size 3R atau 4R, setiap gambar-gambar akan dicetak terus di muka surat Custom Album.Jika saya di beri pilihan pasti Custom album yang terdamba di hati.Kualiti yang menarik dan tahan lasak tak mudah rosak.Dimasa akan datang kita definasikan apa itu photobook.
No comments:
Post a Comment